Thursday, July 30, 2009

Macam Ni Lah Kalau Jaga Budak

Ini cerita pada 15 Julai lalu.

Aku kene jaga budak lagi macam dalam entri ni sebab mak ayah dia (makcik n pakcikku) ada hal yang tak boleh nak bawak budak-budak ni.

Aku pun hepi jer budak-budak ni datang umah aku. Takdelah bosan sangat kan. Lagipun aku mendapatkan keseronokan dengan cara ini tanpa perlu keluar rumah. Keseronokan yang datang pada aku hehe :D

Memula masa mak ayah diorang nak tinggalkan diorang, yang si adik (Aysha) menangis. Macam biasa. Aku dah tahu dan dah biasa dah, tak sah kalau salah sorang atau dua-dua nangis. Mesti ada gak yang nangis.

Tapi haritu mood si kakak (Ameera) baik. Dia cool je walaupun kene tinggal. Jadi aku takdelah kelam kabut sangat. Kene pujuk sorang je instead of 2 orang. Hehe.

So untuk memujuk diorang, what I did was..


Taktik kotor - kasi diorang layan Hi5 :D


Suka hati je godek-godek pc aku tanpa kebenaran
Habis belengaihh mouse dan keyboard ku! Sob sob..


Ha tengok dah senyum lebar dah dua-dua. Pandai kan aku memujuk? Hahahaha..


Pastu bila Hi5 dah habes, layan Aysha dan Ameera tengok TV lak kat ruang tamu


Bila diorang dah setuju nak mandi, mandikan diorang. Sebab takleh nak paksa-paksa budak-budak ni. Kang nangis lagi aku gak yang kene pujuk :P


Pastu diorang tengok Hi5 lagi. Bape kali ulang tah. Sampai aku pun dah hapal skali. Nasib baik aku tak joget skali haha :P

Then aku tengok jam, dah tengah malam. Aku pun dah mula ngantuk ni, sebab siangnya aku penat kerja. Malam, kena layan budak-budak ni pulak. Dalam hati, "Bila la si kecik 2 orang ni nak tido?". Cergas je tu aku tengok. Pastu aku buat-buat tak layan diorang. Biar diorang main sendiri kat ruang tamu dan aku lak duk ngadap internet.

Sedang aku ralit berinternet, aku perasan mcm dah senyap kat ruang tamu.

Apa yang terjadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Zzzzzz..


Hihi comel gile kan?? :D