Pada 6 Jun pula merupakan kenduri kahwinnya. Rumahnya tak jauh dari rumahku. Kami sekampung. Aku dapat ke majlis tersebut setelah Kak Ngah menggantikan tempatku untuk menjaga Ummi di hospital.
Aku ke majlisnya bersama 2 orang adikku. Pada awalnya aku sudah berkira-kira untuk mengambil gambarnya menggunakan kamera Encik Gajah yang canggih itu namun aku tidak ada perasaan untuk berbuat sedemikian mengenangkan Ummi yang sakit.
Namun begitu aku ambil juga lah 2 keping gambarnya menggunakan telefon bimbitku untuk mengubat hati sendiri.


Ketika aku tiba, bilangan para tetamu sudah berkurangan. Pasangan pengantin sedang melayan kerenah jurugambar yang melakukan tanggungjawabnya.
Ina kelihatan sungguh cantik hari itu. Berseri-seri sekali. Membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku turut rasa bahagia.
Kami adik beradik duduk sahaja di dalam rumahnya memerhatikan Ina dan Hafiz bergaya di hadapan kamera. Tuan rumah menjemput kami makan tapi kami tak lapar jadi kami menolak dengan baik.
Ibunya baru sahaja maklum tentang Ummi setelah diberitahu suaminya. Dia dapat tahu dari Abah yang datang ke majlis itu awal tadi. Terkejut, ibunya memegang kedua-dua belah tanganku dan bertanyakan aku tentang Ummi. Aku menjadi sebak tetapi masih dapat mengawalnya dan menjawab dengan tenang.
Aku belum berbual panjang dengan Ina selepas majlis perkahwinannya. Jadi aku tak tahu apa berita terkini mereka. Manalah tahu kalau-kalau ada berita gembira tentang 'orang ketiga'. Aku tumpang gembira. Aku doakan semoga kebahagiaan dan redha Allah sentiasa bersama mereka, Amin.
Perkahwinan tu indah kn? selamat pengantin baru pada ur fren sis... semoga berkekalan sampai liang lahad
ReplyDeletemmg cantik la ina, nampk berseri2
ReplyDeletewaa...neh nk jelez neh..ngeh3x
ReplyDeletejeles tgk org kawen...nk kawen seniri pun tatau bila
ReplyDeleteigt kn kak nad yg na kawen...
ReplyDeletebwu na trasa mam nasi minyak!
:P
she looked lovely..
ReplyDeletemacam ramai je org kawen skrg. arr. jeles2. huhu
ReplyDeletex lama lg nad la plak!haha..
ReplyDeletejust joking..^^
cantik kwn nad tu..^-^
pasnih ur bestfren's berstfren's wedding la plak
ReplyDeletelame dh aku xmakan nasik kendur nih.. aaaa.. mls nk blk
sweetnyerrr..
ReplyDeletelawa pelamin..
ReplyDeleteselamat pengantin baru utk teman kamo.. :)
baju pengantin nad nnt mesti pink kan? ^^
ReplyDelete