Sunday, May 24, 2009

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Cerita balik kampung tak habis lagi. Mari kita sambung cerita untuk hari ketiga pulak ;)


Aku sudah jenguk-jenguk kedai di atas masa balik kampung haritu ;)

Sudah pilih warna tema, style pelamin yang macam mana, style hias bilik tidur pengantin macam mana, pilih baju sanding juga ^^

Tuan kedai ni ialah mak andam yang make-up kan daku masa bertunang haritu. Senang nak deal dengan dia since dah agak rapat sekarang. Tak jauh pun dari rumah aku.

Tak semua benda dalam pakej tu aku ambik. Macam fotografer, aku dah ada sendiri dah iaitu Fazrien Photography. Dah lama dah booking date dengan dia. Dari awal tahun lagi hoho semangat tak semangat kan :P

Pastu boleh tambah lagi berapa kali make-up yang aku nak. Tambah lagi skali make-up, tambah aje RM100. Murah giler kan? Hoho aku sungguh hepi. Tambah tolak pakej yang sudah ade jadi pakej aku sendiri.

Baju pun dah try-try dah. Cuma dalam pakej tu cakap 3 pasang baju. Aku baru pilih 2 aje. Tak tau lah nak pilih yang ketiga ke tak sebab macam banyak sangat baju nak pakai dalam satu hari je.

Sebab aku akad nikah dan sanding hari sama. Baju akad nikah dah ade dah, tempah sendiri. Kalau campur baju sewa lagi jadinya satu hari aku pakai 4 pasang baju lah hoho~ Tengok lah dulu macam mana since aku memang ada outdoor photoshoot nanti ^^



Untuk mengakhiri entri ini, aku persembahkan ntara pelamin yang di search kat google yang menarik perhatianku:


Ini pelamin Sharifah Aleya. Suka sangat!!


Pelamin dari PelaminOnline.com. Macam muvi Enchanted versi Melayu sikit kan? :P


Sweet kan? ^^


Pelamin utk akad tapi tetap lawa~


Ini pun untuk akad nikah juga~


Pastu terjumpa 2 link ni:

1) Sherdesign.fotopages.com --> Lawa-lawa hasil kerja dia~
2) 28may2009.blogspot.com --> Boleh menjadi panduan bakal-bakal pengantin cam aku ^^