Saturday, May 23, 2009

Our 3rd Anniversary

Menatap indahnya senyuman di wajahmu,
membuatku terdiam dan terpaku

Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu..

Aku ingin engkau slalu hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku kau tercipta untukku,
sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku,
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu, yang mencintaimu

Sepanjang hidupku

~~~~~~~~~~~~~~


Setiap kali aku mendengarkan lagu ini, ia tidak pernah gagal untuk membuatkan aku mengimbau detik-detik yang berlaku 3 tahun lalu.

Lebih dari 3 tahun lalu, aku dan dia hanyalah sekadar rakan karib. Kami sangat rapat namun masing-masing tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati satu sama lain.

Aku sangka dia sukakan perempuan itu. Dia sangkakan aku suka lelaki itu.

Siapa sangka perempuan itu ialah aku, dan lelaki itu ialah dia?

Mujurlah dia ada kekuatan untuk meluahkan. Mulanya di situlah segalanya terbongkar :)


2006

"If love is great, and there are no greater things,
then what I feel for you must be the greatest"



2007

Tepat jam 12 pada 22 Mei 2009, aku menelefon si dia.

Aku ucap selamat ulangtahun ke-3,
dan nyanyikan lagu Destiny untuknya walaupun asyik terbatuk-batuk :P


2008


Malam tadi, kami menghabiskan masa bersama-sama. Aku ingin keluar berjalan-jalan, makan apa yang aku mengidam, minum apa yang aku tak dapat minum sepanjang aku sakit, dan melihat dunia luar.

Aku bosan terperap di rumah selama seminggu dan tak dapat berborak dengan sesiapa sepanjang aku sakit. Aku memang perlukan udara segar dan melihat dunia luar.

Kami ke Alamanda, makan di Kenny Rogers dan tonton wayang Nite At A Museum 2. Walaupun aku rasa aku rasa bersalah kerana asyik terbatuk-batuk di dalam panggung, aku rasa memang musim kot sebab aku dapat dengar orang lain juga batuk-batuk :P Tapi aku cuba untuk tahan batuk aku seboleh yang mungkin dan batuk dengan perlahan.

Sebelum pulang, aku singgah 7-Eleven untuk beli air ribena, jus mangga, dan apa-apa yang aku nampak sedap di mata aku. Singgah jugak kat mamak minum teh tarik hoho. Kempunan sungguh aku ni haha :P

Sampai rumah sebelum jam 11 malam.

Terima kasih si dia untuk malam tadi. It looks simple but then I felt healthier, happier, and contented :)








..dan sememangnya aku percaya, bahawa dia tercipta untukku :)