Thursday, May 21, 2009

Luahan Perasaan

Alkisah harini:

1. Bangun pagi, pegi klinik sebab masih rasa tak sihat, batuk-batuk dan susah nak nafas.

2. Kat klinik, 2 kali pakai nebulizer sebab first time salah pasang, asap kuar macam tu je. Patut la tak rasa apa-apa perubahan pastu. Second time baru legaaaa skit rasanya. Fuh~


Tiada kaitan dengan Star Wars :P

3. Doktor kasi MC lagi 2 hari. Suka tapi tak suka. Macam mana tuh?

4. Bunyinya macam bes kan dapat MC lama-lama? In fact minggu ni hari Isnin je aku gi keje. Tu pun balik awal sebab tak tahan duk batuk-batuk. Sakit perut sebab batuk tak lepas sampai skarang :(

5. Nak gi keje, nak jumpa kawan-kawan, nak makan ngan diorang, nak borak-borak ngan diorang :( Tapi kat ofis sejuuuk nanti sakit balik. Pastu takut menyusahkan kawan-kawan lak kene anta balik umah kalau tetibe teruk nanti. Haih~

6. Bosan tau duk umah sepanjang hari tak gi mana-mana. Kuar umah pun sebab pegi klinik je. Tak makan betul-betul, tak dapat apa yang nak makan :( Berat turun 2 kilo. Jangan gelak. Aku susah nak turun berat badan tau walaupun sakit. Haha.

7. Housemate sume takde sepanjang aku sakit ni :'( (ni paling sedih). Sorang kene keje kat Temerloh seminggu. Sorang lagi mengajar kat Seremban. Dia ada rumah sewa satu lagi kat sana. Ujung minggu baru balik. Kalau dia balik masa weekdays pun, jumpa dia masa tengah malam je. Pagi esoknya kul 6 dah takde dah :( Takde tempat nak mengadu..takde sape nak berbual..sakit sorang-sorang. Makanan kene beli sendiri, takleh pesan-pesan diorang belikan :(

8. Aku cuba menghepikan diri di alam maya. Nak post entry hepi-hepi macam takde pape. Sebab kat alam maya ni lah orang tak tau aku tengah sihat ke, sakit ke, sedih ke, hepi ke..sume boleh sorok kan? Tapi takleh nak sorok lagi dah :(

9. I'm waiting for Encik Gajah. Esok dia balik Bangi..cepatlah sampai..bawak ku gi jalan-jalan dan makan puas-puas walaupun aku batuk tak benti kadang-kadang sampai tersembur makanan yang aku makan tu :'( I'm depressed :(