Monday, May 11, 2009

Lengchai Telinge Chapang

Alhamdulillah, kul 10 malam Jumaat itu, aku, pakcik aku, dan kawannya bertolak ke Besut, Terengganu. Kami tiba dengan selamat pada jam 3:30 pagi Jumaat.

Sangat penat, tido kat bilik adik yg nombor 3 sebab bilik aku yang aku kongsi dengan adikku yg nombor 4 pintunya dikunci dan bila diketuk2 dia tak sedar -_-"

Bila hari dah cerah, bangun tido, tengok Abah tengah basuh kete dengan gigih.


Sila bayangkan kegigihannya sehingga tak sedar aku snap gamba nih ;)


Pastu bile lapar, makan nasi bungkus yang Abah beli kat kedai. Inilah breakfast ku selama tiga hari di kampung:


Hari pertama: Nasi Kerabu


Hari kedua: Nasi Minyak


Hari ketiga: Nasi Berlauk

..semuanya bungkus ye kawan-kawan. Haha. Sonok2. Leh gemuk lagi -_-"

Gamba2 ialah dicilok dari pencarian di Google. Sila klik gamba utk tgk dari mana source nya :D

Oh sbenanye entry ni nak cite pasal hari pertama kat kampung jer. Ter-summarize pulak breakfast utk ketiga2 hari. Haha. Takpe, kasi korang terliur tengok :P

Pastu aku baru pasan laptop aku yang lama yg aku kasi kat adik aku ada sesuatu yang tak kena.


Nampak cam takde pape kan?


Cuba teka huruf apa yang sudah lesap?
Y? Pandaiiiiii~

Uwaaaaa!! Sedey giler aku tengok..

Bila aku tanya Ummi, baru la dapat tau yang budak ni lah yang kerjakan laptop aku sampai mcm ni skali :'( Nasebbbb dia takde kat kampung masa tu. Kalau tak aku dah geget dia T_T

Mungkin tak geget kot, mungkin buat muka macam ni je kat dia:

Ataupun macam ni:

Hey budak, pilih la mana satu nak. Haha.

Takpe, nadxoxo sudah redha dengan pemergian Y terchenta..sob sob..

Pastu malam tu plak aku memantau adik2 ku wat keje skolah. Pantau la sangat. Sebok amik gamba. Haha.


Mereka 'tekun' membuat kerja skolah di depan TV


Manyak tekun dan galang ini olang


Ini lengchai-telinge-chapang solang aje yang mau senyum haha



Maka berakhirlah cerita bergambarku pada hari pertama di kampung halaman :) Nantikan kemunculan next episode. Eceh.