Monday, May 04, 2009

Lelaki-lelaki (Tak Tahu Memilih Antara 3)

Assalamualaikum kawan-kawan semua.

Ku mau minta maaf atas kehilanganku 2-3 hari ni. Feel/masa/tenaga untuk blogging takde. Ini adalah kerana ku sedang membuat keputusan yang amat besar di dalam hidup.

Keputusanku adalah menentukan dengan siapa aku akan berkahwin.

Ku tidak tahu memilih yang mana satu :'(


Calon 1


Calon 2


Calon 3

Sob-sob. Kalau korang, korang pilih yang mana? Pening aku memikirkannya. Semuanya ada kelebihan masing-masing. Isk isk.

Calon 1 lebih tinggi dari aku, badannya tegap, pemain bola keranjang sekolah. Keningnya macam samurai Jepun, pergh..memang spesel. Dahlah suke buat muke comel.

Calon 2 sangat amat kiut. Lihatlah sendiri gambar di atas. Senyumannya menusuk qalbu ku. Kecik-kecik comey je. Senyuuum aje manjang. Tapi apakan daya dia 10 tahun lebih muda dariku... T_T

Calon 3..hurm, hurm..bulat..kuat makan dan minum. Tak senyum lak tu sebab duk leka minum (sila refer gamba). Tinggi 5cm je dari aku. Ish... kalo ikutkan memang dah rejek dari list ni dah. Tapiiiiiii..

1. Dia kenal perangai aku - baik dan buruk
2. Dia sangat pemurah dan baik hati. Suka tolong orang
3. Sentiasa menceriakan hidup aku dan rakan-rakan sekelilingnya
4. Mempunyai idea yang bernas
5. Pekerja yang dedikasi, reliable, dan rajin
6. Anak yang baik, mendahulukan ibu bapa dalam kebanyakan perkara
7. Selalu menasihati aku dengan kata-katanya yang berkesan
8. (Tak dapat nak list kan semua)

Tolong lah daku..nak pilih masa satu ni??
.
.
.
.
.
.
.
.
OK AKU GURAU JE

Mestilah Calon 3 senantiasa di hati sejak berkurun lama 3 tahun lepas dan di masa hadapan. Hehehe.

Kesimpulannya, walaupun muka tak hensem, tapi manis tu adaa...ehh silap..walaupun tak hensem, tapi yang penting hati mau baekkk. Kan kan kan Jenet kan??? Haha.

Dan satu lagi kesimpulan ialah, hargailah orang yang tersayang ketika kita masih memiliki mereka. Itu kata-kata yang dah selalu didengar tapi mempunyai makna yang mendalam. Betol tak kawan-kawan...?? Hehehe.




P/S: Gamba diambil pada 1 Mei lalu. Gamba Encik Enol (juga ada bersama ketika gambar-gambar diambil) tidak di upload di sini sbb nadxoxo takut kene gilis ngn traktor kalo gf dia dapat tau. Kwang kwang kwang!! :P

P/S lagi: Cik Kama, nadxoxo sehat walafiat walaupun otak weng sket. Haha. To Adyla, semoga kamu ceria membaca entry ini. Semoga hilang rindu kalian padaku. Hehehehe.