Monday, May 25, 2009

Cerita Tentang Telefon Mudah Alih

Telefon mudah alih yang nadxoxo pakai sekarang ialah..


Sony Ericsson K660i Lime


Sudah berapa lama nadxoxo menggunakan telefon mudah alih tersebut?

Nak masuk setahun dah kalau tak silap. Tak plan pun nak beli fon ni sebenarnya.

Asalnya lepas dapat gaji kedua pada tahun 2007, pergi lah beli telefon ini:


Sony Ericsson W580i Orange

Fon ni sangatla cantik menarik bagi aku. Dah la ade lampu-lampu lagi kat tepi kiri kanan fon ni. Pastu gabungan oren dan hitam sangat lah memikat kalbu. Usha punya usha akhirnya buat keputusan beli fon ni kat The Mines dengan ditemani oleh Encik Gajah.

Masa tu Encik Gajah tak keje lagi. Dia duk umah lagi jaga Mak dia. Boleh lah dia teman aku gi mana-mana. Eceh. Terselit iklan jap.

Walaupun agak mahal bagi aku masa tu, aku beli jugak sebab berkenan sesangat dah. Mana la penah beli barang mahal-mahal ngan duit gaji sendiri lagi kan. Ni first time la nih. Masa tu fon ni baru kuar. Aku beli dengan harga RM1.3K. Leburrrr duit aku...tapi takpa janji hepi.

Tapi lama kelamaan fon ni macam taknak ngan aku je :'( Asik-asik ade problem je. Banyak kali hantar repair walaupun tak kene bayar. Aku dah la ade high expectation pada fon ni. Yelah, beli mahal-mahal, ori plak tu, takkan la selalu rosak kan? Benganglah aku.

Jadi, Encik Gajah cadang beli fon baru je. Dari duk bengang-bengang dengan fon yang cantik-tapi-banyak-masalah ni, baik lah aku beli fon baru yang lebih reliable dan tidak mendatangkan bengang. Haha.

Encik Gajah cakap dia nak try pakai pulak fon W580i tu sebab dia memang dah berkenan jugak. Aku pun kasi la fon W580i ni kat dia, dan dia bayarkan separuh untuk fon yang aku pakai sekarang ni iaitu K660i.

Tapi yang pelik tu, bila Encik Gajah pakai fon tu, OK je pulak. Takde pape masalah pun. Haih. Hairan bin Ajaib sungguh laaa. Henfon pun memilih tuan gak tau? Haha.


Apakah wallpaper yang nadxoxo gunakan di skrin telefon mudah alih? Mengapa?


Ini gamba taun lepas ^^


Berapa jumlah contacts yang terdapat di dalam handphone anda?

Agagaga macam mana nak kira eh?


Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?

1. Mama <-- senior kat YT Besut dulu
2. Maria <-- kawan seofis
3. Mariam <-- kawan skolah rendah
4. Mat <-- kawan satu batch kat UTP
5. Mawi <-- classmate kat MRSMPC
6. Maziah <-- kawan satu batch kat UTP
7. Mc Anne <-- geng masa YT Besut
8. Mc Na <-- geng kat MRSMPC
9. Mc Zie <-- kembar masa YT Besut
10. McD <-- 1300-13-1300
11. McNor PC <-- classmate kat MRSMPC
12. Michelle <-- ex-teammate kat ofis
13. Ms Eliza <-- supervisor Final Year Project aku
14. Muaz YTB <-- batchmate YT Besut
15. Myo Thant Oo <-- ex-team leader kat ofis


Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu? Kenapa?

Hugh Jackman.
Sebab dia hensem. Haha.


Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?


Siemens C35
Tak ingat la betul ke tak fon ni tapi Siemens lah
Pakai masa aku form 4 :P


Nokia 3310
Yang ni semua orang pun penah pakai kot haha



Nokia 3315
Yang ni pakai masa zaman awal-awal kat UTP dulu :D
Masa tu baru-baru wujud cahaya putih. Sebelum tu kan warna kuning n biru. Suka~



Nokia 3100
Lepas tu up skit pakai fon ni. Yang ni first fon yang polyphonic hoho
Inilah satu2nya fon yang ilang. Kat tandas PLUS plak tu :'(



Nokia 3220
Yang ni beli sebab fon sblm tu ilang. Panggil fon ni fon disko sebab ada cahaya2 kat tepi2 kalau orang call/sms ^^ Fon yang sungguh meriah :D
Skang adikku plak pakai fon ni



Motorola L6
Yang ni fon Abah beli tapi dia takmau pulak sebab tak nampak haha tak pasal-pasal aku dapat fon baru. Orang nak kasi kite terima aje. Rezeki jangan ditolak :P


Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?

Maxis! Taktau kenapa hahahaha.


Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
.Teddybear.


Tagged by Zyla