Thursday, May 07, 2009

Aku Akan Pergi..

Malam ini
Aku akan pergi
Menjauhkan diri sebentar dari dunia
Dunia blogging
Kerana aku
.
.
.
.
.
.
Mahu balik kampung lah. Bukan nak kemana-mana..hehe :P

Malam ni insyaAllah aku akan bertolak ke Kampung Raja, Besut, Terengganu yang kurindui. Naik kete ku bersama pakcikku dan kawannya. Jadi kami bertiga malam ni balik kampung naik Kenari Oren. Hehe.


Inilah pakcikku. Masih belajar di UM di dalam kos Kejuruteraan Mekanikal. Kami sebaya ye kawan-kawan. Kalau keluar, org ingat kami pasangan kapel. Hehe.

Rambut asalnya bukan mcm tu. Aku pun tak tau kenapa 2 lelaki yang dekat denganku (Encik Gajah dan pakcikku) ni nak botak2 kan pale. Takyah lah wat. Muka jadi cam orang jahat je. Dah la wat muka bosan amik gamba kat seblah aku. Cheh. Padahal tadi bising satu kedai gelak2 buat lawak. Nasebbb dia pakcik aku ehehehe.

Sekian, doakan aku selamat pergi dan pulang ye :)


P/s: Sape2 yg ade request nk gamba aku senyum nampak gigi fast n furious, silalah tatap gamba ni puas-puas ye. Ahaha. Tak malu sungguh aku nih. Dah la muka pucat je. Almaklumlah balik2 je keje kene paksa gi makan sate ngn pakcik aku kat area pasar malam Fasa 1 Bangi. Isk.

Papai kawan2~~~