Sunday, April 26, 2009

Panas Sebab Banyak Dosa

Dugaannnnn..

Kepanasan ialah dugaannnn..

Duk dalam bilik yang panas ni untuk chatting, blogging, dan surfing ialah sangat lah dugaannn.. Jadi sile lah cakap time kasih sebab aku tetap rajin lawat blog korang dan update blog ni walaupun panassss kat dalam bilik ni. Haha.

Hah! Macam lah orang nak baca sangat kan apa yang aku rapu kan tu. Hehe.


Tapi betul la. Memang sangat panas skang. Malam semalam pas mandi malam tu, kejap je sejuk. Pastu dah rasa lekit-lekit dah. Aku dah la banyak minum air masak. Lagilah kuat berpeluh. Adakah aku patut benti minum air supaya aku tak peluh2 jadi aku tak lekit2 jadi aku lebih selesa? Hmmm..

Pastu dah tak tahan sangat mlm smlm, aku mandi lagi kul 2:15 pagi untuk menyejukkan badan. Senang skit nak tido kan kalo sejuk-sejuk. Pastu kul 3 pagi baru tido. Cari design kad kawin kat internet punya pasal. Haha :P Tetibe aku rasa nak wat sendiri je kad kawin aku. Jimat giler kan? Hmmm..

Aku sbenanye bukan jenis yang cepat panas. Cepat sejuk ada la. Tido pun takleh sejuk-sejuk. Kipas masa tido takleh laju sangat. Pasang slow je. Pastu wajib bungkus ngan comforter lagi. Betapa anti kesejukannya aku haha.

Kalau dapat rumet yang slalu kepanasan, alamatnye dia bukak kipas laju-laju masa tido, aku pulak pakai sweater n bungkus siap-siap ler before tido. Kalau tak, sure esok aku demam, paling-paling pun selesema sok sek sok sek..Haiyo sedey dapat rumet yang tak memahami -_-"

Tapi skang sudah lain cerita. Malam-malam bukak kipas laju giler. Tak selimut lak tuh. Bangun pagi badan rasa lekit-lekit lagi. Aduhai..adakah Malaysia sekarang sedang mengalami musim panas?


Kat umah aku ni, asal aku minum air masak je, mesti kene berebut dengan semut. Semut pun dahaga tau. Haha. Diorang tak cari dah air manis-manis skang. Nanti jadi lebih dahaga katanya. Psstt..korang tak tau ke aku leh communicate ngan semut? Hahaha.

Global warming? Hmmphh..Kalau sebut pasal global warming je mesti aku teringat gambar nih yang orang duk forward-forward kat email suatu ketika dahulu:


-_-" Sabo aje la..


Erm, korang tau tak Mustapha Kamal Attartuk sebelum dia mati, dia berada di dalam keadaan kepanasan yang berpanjangan? Sampaikan dia wat macam-macam untuk rasa sejuk. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku..

Ehh tetibe rasa sejuk pulak :P