Tuesday, April 14, 2009

Maluuu


Semalam on the way balik keje, tengah tunggu traffic light kat flyover Bangi tuh, tetibe teringat kat Mak Encik Gajah sebab semalam kan birthday dia. Ingat nak belanja dia makan malam lah.

Pastu ambik handbag cari-cari henfon. Dalam handbag dah la ade macam-macam. Tisu lah, ubat lah, spek mata lah, kertas lah, jadi kene la selongkar sikit. Hehe.

TAPI....tak jumpa! Where could it be? Otak laju je memikir. Arghhhh rupenye tertinggal dalam drawer kat ofis. Aduiiii...haih..aku mengeluh panjang. Aku rasa org kete depan atau tepi nampak kot muka ku kekecewaan. Cuma mesti dia pikir-pikir ape lah yang menyebabkan muka aku sampai gitu skali. Haha. Ah kuar topik lak.

Nasib baik aku yakin yang aku dh kunci drawer. Haih. Macam mana ni. Takde henfon macam mana nak berkomunikasi? Dah la nak ajak Mak Encik Gajah gi makan? Pikir punya pikir, aku decide pegi terus umah Mak Encik Gajah. Pastu trus dinner ngan dia.

Sampai-sampai je aku kat umah Mak Encik Gajah, dia bitau aku yang dia ada call aku tapi tak berjawab. Wah ade telepati ngan bakal mak mentua hihi :D Aku nak call dia, dia pun nak call aku. Heheh. Pastu aku cite la yang aku tertinggal henfon kat ofis. Pastu dia suh aku call Encik Gajah suh bitau aku tertinggal henfon supaya anaknya itu tak tercari-cari aku :D Baik kan bakal mak mentua hehe.

Malam tu tak jadi makan malam kat luar ngan dia, sebab dia dah masak. Aku yang patut banje dia makan, skali aku pulak yang makan kat situ. Haha. Tapi puas ati giler. Sedapppp. Ade singgang ikan, sambal belacan, dan jering!!! Burp. Konyang. Korang makan jering tak?? :P


Bila balik umah, baru la teringat, henfon ni ade fungsi lain lagi selain berhubung. Apakah dia?
1. Jam
2. Alarm!!!

Aduh..jam kat bilikku dh mati sebab abis bateri hehe. Jam komputer jela ade. Tapi takdela kite nak bukak komputer 24 jam kan. Jam tangan takleh nak harap sangat sebab kadang-kadang dia mati. Huhu. Susah kan takde henfon?

Pastu cemana lak nak bangun pagi? Bangun Subuh? Isk. Terpaksa lah mintak osmet kejutkan semayang Subuh. Sib baik osmet sangat bagus. Mereka-mereka ialah orang yang agak alim ye kawan-kawan. Hehe. Alhamdulillah. Tapi pas Subuh aku tido balik, terjaga la sendiri kat kul 10 haha. Tetiap ari pun lewat gi keje :P

Tiba di ofis, kawan-kawan sume tegur, fon aku kuarkan bunyi alarm kul 9:30 pagi. Ade kawan aku cakap,

"Laaa...patutla Nad tetiap ari datang keje lambat, alarm dia pun kul 9:30 pagi! Camane nak datang awal keje"

Hahah. Malunye aku. Ye, sememangnya aku susah sangat nak bangun pagi sejak bulan lepas kot aku rasa. Dan kerap datang lambat keje. Haha. Sekian cerita saya kali ini. Aduiii.



P/S: Sayangilah henfon anda. Dimanakah henfon anda skarang?