Tuesday, April 28, 2009

e-Filing dan Cemburu


Sudahkah korang buat e-Filing? Kalau belum, silalah lakukannya secepat mungkin. Tinggal 3 hari saja lagi untuk berbuat demikian. Untuk berbuat demikian, silalah layari laman web e-Filing iaitu https://e.hasil.org.my.

Aku? Aku dahhh...baru tadi buat..hahaha :P


Peace!! ^^v


Erm, apakah persamaan antara e-Filing dan cemburu?

Kedua-duanya aku alami hari ini. Dan kedua-duanya buat kali kedua.

Kenapa aku perlu cemburu? Kalau aku yakin pada Si Dia, tentu tak ada masalah cemburu, bukan?

Tapi cemburu juga disebabkan rasa rendah diri, rasa kekurangan kita berbanding dengan insan yang kita cemburui itu.

Itulah masalah aku. Dari dulu sampai sekarang. Tak yakin pada kelebihan diri sendiri. Tapi dengan cinta kali ini, ini baru kali kedua walaupun hubungan sudah hampir menginjak tahun ke-3. Dan cemburu kali pertama juga berlaku tahun ini. Apakah ini dugaan ketika bertunang?

Sebetulnya aku sangat yakin pada kesetiaan Si Dia. Aku tak pernah rasa tergugat pada kedudukan aku sebagai kekasihnya, iaitu orang yang Si Dia cintai.

Sewaktu aku diberitahu bahawa Si Dia terpaksa bekerja jauh di Kerteh sana, aku menangis. Tapi bukan kerana takut kehilangan Si Dia kerana dirampas wanita lain, tetapi takut hubungan kami semakin renggang.

Bukan apa, cuma apabila sudah berjauhan, aku takut perkara-perkara kecil boleh menjadi besar dan membawa pergaduhan. Itu saja. Pokok pangkalnya bukan masalah Si Dia setia atau tidak.


Tetapi apabila di-'provoke' orang, tergugat juga aku hari ini. Walaupun aku tersenyum dan bergelak ketawa, jauh di sudut hati aku ada sekelumit rasa cemburu.

Ini bukan masalah mereka yang 'provoke' itu, tetapi masalah dalam diri aku sendiri. Aku berfikir panjang hari ini tentang perkara sekecil ini.

Ahh..mungkin aku saja yang terlebih sensitif hari ini, mungkin aku tak perlu memikirkannya dalam-dalam. Ataukah mungkin sebaliknya?

Aku tak tahu jawapannya.