Sunday, March 29, 2009

Tudung tiba lagi!

Pagi-pagi Sabtu semalam aku pegi bangunan sebelah rumahku iaitu Hentian Kajang untuk ambik parcel dari Ummi dan Abahku. Ummi telah belikan 15 helai tudung bawal lagi untuk dijual hihi :D Walaubagaimanapun mereka tidak menanggung kos modal haha.


Ini merupakan stok kedua dalam bulan ni sebab kebanyakan tudung yang baru sampai ni aku mintak Ummi cuba carikan macam yang kawan-kawan aku nak. Kebanyakan nak warna-warna basic macam hitam, putih, dan cream.

Sekarang tengah hot tudung bawal sulam tangan macam dalam gambar kat bawah ni.


Cantik kan? Aku pun suka tengok ^^


Oh. Lupe lak nak cakap. Mesti korang pelik kenapa aku pergi Hentian Kajang pulak nak ambik parcel ni? Haha.

Sebenarnya biasanya aku akan beli stok baru tudung bawal apabila aku balik kampung je. Tapi oleh kerana aku takdelah kerap sangat balik kampung, jadi aku mintak Ummi belikan saje dari sana. Pastu idea datang dari Puan Crabster yang pernah bertanyakan padaku berapa lama dari Kajang nak sampai Machang kalo naik bas sebab dia nak hantar cupcakes dia kepada client di Machang :D

Jadi dari situ baru aku teringat, anta barang melalui bas pun boleh sebab sebelum ni pun Abah pernah buat, cuma sangat jarang jadi aku pun tak terfikir nak buat macam ni. Jadi time kasih jugak kat Puan Crabster ye sebab memberi idea. Kalau korang nak beli cupcakes, bolehlah lawat blog dia k!

Haa tapi harus diingat, bukannya free nak anta melalui bas ni. Hehe. Mestilah ade cas jugak. Namun begitu rasanya tiada cas yang tetap macam hantar pos laju tu. Tapi kiranya kena kasi lah upah sikit kat drebar bas tu kan tolong antakan kita punya barang kan :D Macam Abah, dia kasi duit merah sekeping kat drebar bas tu. Haha.

Tapi kalau difikir-fikirkan, anta barang melalui bas ni memang bagus gak kalau nak urgent. Nak-nak kalau kita nak barang tu waktu weekend sebab Pejabat Pos tak bukak weekend kan. Lagipun Pejabat Pos bukak waktu pejabat je. Lain dari kaunter jual tiket bas (parcel diambil di kaunter tiket) yang mempunyai waktu beroperasi yang berlainan. Hehe, aku hanya memberi idea saje ;) Kang marah lak drebar bas tu kene angkut banyak barang orang kirim keh keh keh :P