Pengalaman yang kita lalui ini hanya sekali, jadi jangan lupa ucapkan syukur kepada-Nya atas udara yang dihirup, atas jantung yang masih mengepam darah, atas otak yang mampu berfikir, atas iman, dan atas Islam yang kita anuti.
Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian alam.
Minggu lepas, kakak kepada Mak Encik Gajah meninggal dunia pada hari Jumaat kerana penyakit barah. Aku tidaklah rapat dengannya sewaktu hidupnya sebab dia tinggal di kampung di Tampin, jadi jarang berjumpa. Tapi aku pernah jumpa dia 2-3 kali dalam beberapa event keluarga Encik Gajah.
Aku masih ingat lagi sewaktu pertama kali aku diperkenalkan kepadanya, di luar pengetahuanku dia telah berbisik kepada Encik Gajah,
"Pandai Amir cari calon isteri.."
Aku tahu pun sebab Encik Gajah bercerita padaku.
Itu saja lah memori yang masih terpahat di ingatanku selain personalitinya yang aku senangi.
Namun di sebalik kepergiannya, keluarga Encik Gajah bakal menyambut 3 insan baru tahun ini yang bakal dilahirkan oleh 2 orang sepupunya dan seorang ibu saudaranya. Satu dijangka lahir bulan ini, satu lagi bulan 5, dan yang terakhir bulan 10. Setiap kali ada kematian, pasti ada kelahiran.
2 minggu lepas, seorang adik nenekku di kampung telah meninggal dunia kerana kegagalan jantung.
Seorang sepupu Ummi juga telah meninggal dunia kerana lemas. Dia meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak, yang mana anak bongsunya baru sahaja berusia 4 bulan.
Sofiyya, 4 bulan
Maisarah, 3 tahun
Namun, hari ini, sepupuku ini dapat seorang adik perempuan baru. Sudah hilang pangkat anak tunggal :)
Jangan cengeng lagi ya!
Kerna,
Setiap kali ada kematian, pasti ada kelahiran.
pandai en gajah carik bini ekekekeke..
ReplyDeleteTul'lah. Saat hati tgh bersedih dgn kematian arwah abah yan, dlm pd tu yan x sedar, sedang hamil sebulan. tak tau mcm ner perasaan waktu tu. sedih + gembira
ReplyDeletenad..nk kad nnt tau..hehe
ReplyDeleteAnda telah di Tag. Bukan Smart Tag, tapi Blog Tag! Sila ke blog untuk keterangan. sekian terima kasih!
ReplyDeletengerinye baca topic nih..
ReplyDeletehuuu yer bakal ibu sgt sensitif..
lagi2 tgah tunggu jam je nih nak meletopni..
huuu sempat online lagik tak tahan..dan terbaca post ni yg sungguh mengharukan..huuuu
apapun ajal maut jodoh petemuan ditgn Tuhan kan..kan..
pandai en. gajah cari bini..heheheh...
ReplyDeletetakziah kepada keluarga yang meninggal..Setiap yg hidup mesti akan mati kan? cumanya waktu sj yang berlainan =)