Thursday, March 19, 2009

Berkongsi ialah mengambil berat


Hari selasa lepas ada appointment dengan doktor kat Gleneagles untuk dapat result medical checkup haritu.

Overall tak ada apa yang kritikal kecuali tahap kolestrol dalam badanku yang tinggi. Haha. Ye aku memang sangat jarang exercise sejak kecik. Aku tau korang mesti selalu aktif kat skolah, masuk bola jaring ke, bola tampar ke, bola baling ke, lari merentas desa ke, kan.. Aku kat skolah dulu, pas PJ je slalu pitam. Camne tu? Hehe. Alasan sungguh.

Baiklah. Doktor sudah menasihatkan aku supaya jaga pemakanan aku. Kene kurangkan makan makanan yang berminyak (bergoreng) dan seafood kecuali ikan. (Aku suka sotong!! T_T isk isk).

Lepas tu doktor cakap lagi kene lah exercise.
Nad: Hait! (Lari setempat kat tepi katil pagi-pagi pas bangun tido pastu penat sambung tido balik, boleh tak doktor? Hehe)

Pastu kawan aku cakap, makan oat boleh kurangkan kolestrol dalam badan. Sejauh manakah ia berkesan?

Tapi oat rasa dia kurang enak la. Korang leh kongsi tips untuk menyedapkan rasa oat tak?

Atau korang ada cara lain untuk kurangkan kolestrol ni?

Jangan malu-malu untuk berkongsi kat sini k. Berkongsi ialah mengambil berat (sharing is caring) kan ;)