Monday, February 16, 2009

You'll See Another Side of Me

Harini pergi kerja agak awal. Dan kalau bertolak awal biasanya memang jem sikit nak keluar dari Bangi. Jadi kalau nak sampai cepat kena lah cilok-cilok. Kalau tak, buat penat je aku bangun pagi-pagi tak tido lepas subuh pastu tak dapat parking dalam kampeni.

Jadi tadi masa mencilok tu aku di-hon dengan panjangnye oleh seorang manusia membawa kereta buatan Malaysia.

Poooooooooooooooooooooooooooooooon!
Kereta itu meng-hon aku

Aku pun bawak kete buatan Malaysia jugak. (Saja ckp buatan Malaysia sebab tak mau cakap detail pasal kete tu).

Bengang sungguh. Hon punye lah lama seolah-olah aku amik parking dia (contoh). Padahal aku cilok bukannya masa dia betul-betul kat tepi kereta aku (contohnya kat blind spot) sampai menyebabkan dia kene hon untuk sedarkan aku bahawa aku akan mencalarkan kereta dia kalo aku cilok. Dia jauh lagi ok untuk memberhak kan dia nak hon aku. Dia masih ada banyak ruang dan masa untuk brek.

Terkejut lah tu bawak laju2 tetiba kena brek mengejut. Sapa suruh ko bawak laju-laju walaupun ko dah nampak bertimbun kete kat depan ko tengah tunggu traffic light dan ko dah patut bersedia untuk membrek awal-awal lagi. Cheh!

Kete tu betul2 kat belakang kereta aku lah lepas aku mencilok. Tak tahu lah kereta tu pemandunya jantina apa sebab aku tak nampak sebab aku silau. Aku buat dek je sebab aku tak rasa aku salah pun. Aku tak angkat tangan kat dia tanda maaf. Pada aku dia yang gelabah lebih-lebih.

Kalo ko lelaki, ko kene cool la weh. Tak macho ar gini. Kalau ko pompuan, ko kene cool jugak. Aku slalu je kene macam ko. Aku cool je. Kenapa ko tak boleh?

Aku memang ego dan keras kepala. Kalau aku rasa aku tak salah, aku takkan mintak maaf. Kecuali lah orang tu kawan aku yang aku kena jaga hati walaupun pada pemikiran aku, aku tak salah.

Lepas tu aku cilok-cilok lagi dan tinggalkan dia di belakang. Haha. Slow la ko!

Chett!



P/S: Malam ini malam ke-bengang-an.