Friday, February 20, 2009

The Punisher vs SuperGajah

Semalam Encik Gajah pulang ke Bangi. Kali ni first time aku tak fetch dia sebab badan macam tak berapa larat sebab selesema dan sakit tekak. So, adik dia pegi ambik dia kat LRT Sungai Besi.

Tadi tengok muvi dengan Encik Gajah, muvi The Punisher. Tak plan pun nak tengok. Ingatkan nak tengok Upin & Ipin, sekali waktu tayangan tengah malam pulak. Waktu tayangan yang lain dah full. Ingatkan tak jadi tengok wayang terus. Sekali Encik Gajah cakap,

Jom, kita tengok The Punisher, nak?

Pastu menonong je beli tiket. Haih. Ada paksaan di situ. Ish2.

Jauh tu beza antara Upin & Ipin dan The Punisher. Isk.

Tapi takpelah, ok jugak la muvi tu sebab hero dia agak sedap mataku memandang. Hehe. Yang lain-lain, kureng sikit sebab muvi tu ganas tapi banyak scene yang kene potong jadi dah tak brutal dah.


Ray Stevenson as The Punisher


Orang dalam wayang tu pun tak ramai. Kami berdua duduk kat barisan ke-5 dari depan dan takde orang pun depan kami mahupun sebaris dengan kami. Haha. Kami memang suka duduk area tengah-tengah macam tu.

Biasanya kalau kami tengok wayang kami akan pilih seat yang sebegitu, tak seperti sesetengah orang yang suka duduk paling atas. Aku pun tak tau kenapa. Tak ke jauh dari skrin? Ish ish ish.

P/S: Esok Encik Jep tunang. Yeay! Dapat menambah koleksi gambar ;)
P/S lagi: Abaikan tajuk. Mana boleh The Punisher lawan SuperGajah. Kan? :P