Saturday, November 22, 2008

30 months

Hai semua :) Hari ini saya mahu mengenang kisah bersama Encik Gajah. Kita mulakan dengan tahun 2006. Sebab masa tu kami mula rapat as bestfriend :) *sila pasang lagu Lucky by Jason Mraz ft. Colbie Caillat sekarang sambil tengok gambar kami* :P


Tahun 2006, Bukit Tinggi


Note: Masa ni kami jalan-jalan kat Bukit Tinggi dengan 2 lagi kawan yang lain. Waktu ni tengah prektikel sama2 kat Freescale Semiconductor.




Tahun 2006, date before kapel, Tasik belakang SJMC :P


Note: Masa ni kami first time keluar berdua-duaan :D Kami jalan-jalan kat situ. Dan yang kelakarnya, Encik Gajah bawak makanan iaitu scramble egg + roti, dan aku pula bawak air hot choc je. Ini kes tak reti masak la nih. Hahaha. Yup scramble egg pon x reti nak buat ok! Hahahaha. Tapi sekarang sudah tahu lah. Masak bende lain pun boleh jugak skarang :P And yup, gambar ni pun masa kami sedang prektikel.




Tahun 2006, our first date, dalam train menuju ke KL Tower :)



Tahun 2006, first date, Taman Tasik Perdana



Tahun 2006, our first date jugak, KL Bird Park


Note: Ketiga-tiga gambar ni adalah sewaktu first date kami. Hari first pegi KL Tower, hari esoknya pulak pergi KL Bird Park, then ke Taman Tasik Perdana. Waktu ni kami dah nak abis prektikel. Bulatkan muka ku masa prektikel? Mukaku memang bulat. Atau dengan kata lain, ambik gamba salah angle :P




Tahun 2006, di awal per-couple-an ;)


Note: Waktu ni kami baru je abis prektikel. Dah balik UTP balik utk sambung lg 1 thn belajar. Gambar ni masa kami kat Ulu Chepor. Pergi ke sana dengan kawan-kawan satu batch. Masa ni kawan2 pun baru tau kami sudah berpasangan :P Yang paling ingat ialah masa amik gamba first kami bersama kat depan kawan2 haritu, semua mata kat kami. Maluuuu~ :P




Ogos 2007, kami dengan rasminya graduate dari Universiti Teknologi Petronas :)


Note: Setelah 4 tahun setengah belajar di UTP, kami pun abes belajar pada Jun 2007. Dan kami pun grad same2 pada Ogos 2007 :)




18 Ogos 2008, Majlis Pertunangan kami :)


Note: Setelah 2 tahun berpacaran, kami telah mengikat ikatan pertunangan pada Ogos 2008. Alhamdulillah :)




The two of us, November 2008


Note: Ini gambar latest kami, semoga panjang jodoh kami, insyaAllah :)

Nota Akhir: Perasan tak muka Encik Gajah stat gamba tahun 2008 sudah kembang sikit berbanding gamba2 sebelum? Hehehehe..Berat dia naik 7kg sejak keje dan semakin naik lagi sekarang :P