Tuesday, October 14, 2008

Indecisive

Hai hai semua.

Hari ini tekak saya gatal sangat. Ini adalah permulaan kepada batuk. Nak telan air liur pun susah. Suara pula sudah mula menjadi lain sedikit. Saya agak esok saya dapat MC lagi kalau pergi klinik. Kita tengok pada esok hari bagaimana ya! :D <-- suke betol kalo dapat MC :P


Hari ini saya pening sikit. Sebab saya kena buat pilihan aktiviti untuk hari Sabtu ni.

Pilihan 1

Aktiviti: Pergi majlis kahwin kenalan bakal bapa mertua (juga ex-student UTP) dan juga bakal ibu mertua, selepas itu terus ke 2 open house yang dianjurkan oleh adik beradik bakal ibu mertua di Shah Alam (saya memang dijemput).

Kenapa saya mahu pergi: Seronok juga berjalan-jalan melaram dan berbaju kurung ke majlis kahwin orang + dapat tengok pelamin/makeup/baju pengantin/hantaran mereka supaya menjadi panduan saya nanti. Saya suka juga beraya di rumah adik beradik bakal ibu mertua saya kerana saya sudah selesa dengan mereka dan saya dianggap seperti keluarga mereka sendiri walaupun masih belum berkahwin dengan Encik Gajah. Salah satu sebab untuk pergi ialah kerana saya tidak perlu memandu.

Kenapa malas mahu pergi: Ada sedikit perasaan bahawa aku selalu mengutamakan keluarga mereka berbanding diri sendiri. Setiap minggu keluar dengan keluarga mereka terutamanya bakal ibu mertuaku.

Pilihan 2

Aktiviti: Ke open house kawan sepejabat di Seri Kembangan.

Kenapa saya mahu pergi: Kawan-kawan sepejabat yang lain tentu menyerbu rumah ini. Seronok jika dapat beraya bersama, serta lepak bersama rakan-rakan. Sudah tentu ada mengambil gambar yang sungguh ceria (dapat bayangkan).

Sebab malas mahu pergi: Saya perlu drive ke sana. Seorang diri pulak tu. Kalau dekat tak apa lah juga. Tapi sebenarnya bukannya jauh sangat pun :P

Pilihan 3

Aktiviti: Menemani makcikku ke Nilai untuk membeli baju dan tudung. Dia mengajakku sebagai penasihat fesyen. (bangga)


Kenapa saya mahu pergi: Boleh bermain dengan anak-anaknya (Ameera dan Aisha) yang kurindui. Boleh juga cuci mata window shopping. Selain itu, ku tidak perlu drive.

Kenapa malas mahu pergi: Akan terlepas peluang untuk melaram memakai baju kurung dan diambil gambar bersama rakan-rakan.



T_T