Sunday, September 07, 2008

Budget Majlis Pertunangan


Assalamualaikum..

Kali ni nak wat sedikit budget ku sewaktu ku bertunang haritu. Semoga menjadi panduan kepada anda yang mahu melangsungkan majlis pertunangan :)

1. Baju Pertunangan


Kain baju ni dibeli di Jakel, KL.Satu set (perempuan dan lelaki) berharga RM380. Untuk perempuan, ada 2 jenis kain iaitu 4 meter satin dan 2 meter lace, manakala untuk lelaki pula 4.5 meter kain satin sahaja.

Tempahan baju pertunangan ini pula dibuat di Kuala Besut. Baju kurung moden untuk baju ini hanya di cas RM70 sahaja :) Kalo nak kontek makcik tu, sila hubungi daku yer :P Makcik tu terer menjahit wooo :D

2. Persalinan Akad Nikah

Persalinan akad nikah adalah salah satu dari hantaran untuk diberi kepada pihak lelaki. Dibeli di Jakel KL juge, satu set berharga RM370. Macam baju tunang tu jugak, ade 4 meter satin dan 2 meter organza utk perempuan n lelaki pulak 4.5 meter satin.



3. Songket

Songket utk dipakai sebagai samping ni jugak ialah salah satu hantaran kepada pihak lelaki. Dibeli di Kuala Terengganu (lupe nama kedai, tapi bukan kat Pasar Payang), harganya RM230. Abah ckp kat kedai tu lebih murah berbanding di Pasar Payang sebab kat situ adalah pembekal songket~



4. Pelamin & Make Up


Orang yang setupkan pelamin n make up adalah dari Astana Andaman Pengantin. Tuan punya kedai ni ialah Puan Sabariah atau lebih mesra dipanggil Kak Saba. Dia buat keje dengan anak perempuannya. Kedai dia dekat ngn rumahku, lebih kurang 10 min naik kete. Alamat kedainya adalah PT 3221, Taman D'Lahar, Kota Putra 22200 Besut, Trg. Kak Saba sudah mempunyai 2 tahun pengalaman dlm bidang ini. Inilah hasil makeupnya kepadaku :P


Makeupku yang tanpa mencukur bulu kening n x memakai bulu mata palsu ;)



Selendang pandangan dari atas


Tudung yang kupakai itu ialah kepunyaan mak ku. Dari Indonesia, harganya RM100++. (Masa majlis tu, ramai tanye pasal tudung ni..huhu). Harga utk pelamin, makeup, dulang, alas dulang, dan selendang ialah RM300.

5. Sejadah


Merupakan salah satu barang hantaran utk lelaki. Dibeli di Jaafar Rawas, KB berharga RM40.

6. Sireh Junjung


Sireh junjung juga merupakan salah satu hantaran utk lelaki. Kos untuk sireh junjung ialah RM18. Dibuat oleh seorang makcik kat kampung ku.

7. Kek Lapis


Kek lapis dlm kotak transparent


Kek Lapis Sarawak ni dibuat oleh orang kampungku gak..tapi yang ni mahal sket dari yang lain-lain. RM150 harganya. Tapi sedap la :D

8. Buah Naga


Buah naga ni harga di kampung lebih murah berbanding dengan yang dibeli di bandar. Menurut Abah, buah naga ni ada gred2 tersendiri (A,B,C etc.). So utk hantaran, kos buah naga ni ialah RM35 untuk memenuhi bakul seperti di dalam gambar di atas ;)

9. Kotak-kotak & Bakul Hantaran



3 kotak mengkuang, 2 kotak transparent, dan 1 bakul hantaran ni semuanya ditempah dari Pengkalan Kubur, Kelantan. Kos untuk kesemua barang ini ialah RM162.

10. Lain-lain

Makanan untuk tetamu telah disponsor oleh Abah dan Ummi dan sebahagiannya di sponsor oleh nenek dan makcik-makcikku. Puding gula merah untuk hantaran juga disponsor (dibuat) oleh makcikku. Fotografer ialah pakcikku (free). Hehe. Tempat pula, seperti anda semua tahu, tidak dibuat di rumah kerana rumahku dlm proses pembinaan. InsyaAllah minggu hadapan akan siap. Jadi tempat pertunangan adalah di rumah/pejabat pakcik dan makcikku di Pengkalan Nyireh (Mix Target Sdn Bhd).

Itu sahaja untuk kali ini, semoga pembaca2 mendapat manfaat dari entry ini. Sekian :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails