Sunday, March 16, 2008

Hari minggu..

Yeay~ cantik tak gambar ni? Inilah puzzle yang
telah disiapkan semalam~ Sbenanye puzzle ni akak housemate yang punya, tapi aku join wat jugak. Sblm ni penah wat puzzle tapi gamba katun2 so senang la sket berbanding yang ni..susah gak la tapi seronok!! Rasa cam dh addicted plak..hehe..


Smalam seharian santai kat umah.. 3 jam kot kemas 1 umah. Dari bilik, ruang tamu, dapur, bilik air, tandas, sinki..sume aku sental. Heheh.. Puas ati aku :D Kurus sket rasa (tu yang paling penting :P)


Bangun pagi ni terasa gatal2 di pipi kedua2 belah dan ada bintik2. Gatal sgt. Isk2. Aku tatau la sama ada ia gara2 sarung bantal yang baru ditukar smlm sbb kawasan yang gatal kat pipi tu merangkumi kawasan yang terkena bantal je jika aku tido mengiring..mmm....Satu lagi kemungkinan ialah sbb aku makan Healing Gamogen tu. Sbb smlm aku makan udang, mungkin dia bertindak balas kot walaupun sblm ni tak penah lak terasa sangat cepat tindakbalas kalaupun ia bertindakbalas. Walaupun aku ada resdung, badanku tidak mengeluarkan jerawat di muka sgt. Sebijik 2 tu biasa la, tapi bukan banyak2 gatal or gatal2 kat bahagian badan yang leh digaru spt kaki (ada sesetengah org mcm tu). Aku nyer resdung ni bersin2 n gatal idung, mata, n telinga. Tak kuar jerawat. Pelik gak bila jadi mcm ni. Tapi lepas letak gel gamat kat tempat gatal tu, alhamdulillah dh surut bijik2 tu n rasa gatal tu walaupun ade lg sket2. Alhamdulillah~ Phew~ aku takmo la gi keje muka gatal2 n merah2 lak tu kan..huhu~


.Nad.out.